Adolf Hitler Peluk Islam & Meninggal di Indonesia (Fakta atau Mitos)

Standard

source : http://hijabulcrewz.blogspot.com/2012/11/bongkar-adolf-hitler-peluk-islam.html
Saya bawakan kajian menggemparkan ini beserta dengan gambar-gambarnya sekali bagi mengukuhkan bukti artikel ini, satu-satunya yang berbahasa Malaysia disekitar alam maya. Terbongkar juga akhirnya segala tipu daya Zionis dan Barat yang selama ini telah mencorakkan sejarah dunia dengan penipuan dan konspirasi.
Daripada sekian banyak maklumat dan teori yang ada tentang kematian Adolf Hitler, tidak ada satu pun yang dapat menyatakan secara pasti apa penyebab kematian seorang pemerintah Nazi ini. Di manakah sebenarnya akhir dari petualangan kisah Hitler itu? Benarkah Hitler bersama isterinya Eva Braun bunuh diri selepas minum racun sianida?
Lantas bagaimanakah hasil kajian pihak Amerika Syarikat ketika tengkorak Hitler dipamerkan pada tahun 2000 lalu, yang ternyata adalah tengkorak wanita? Di manakah sebenarnya Hitler selepas jatuhnya Berlin pada tangan Tentera Bersekutu?
Beberapa Versi Tentang Kematiannya
Versi yang paling popular menyatakan bahawa Hitler mati bunuh diri dengan cara menembak dirinya sendiri dan minum racun sianida pada 30 April 1945, ketika Jerman diduduki oleh Kesatuan Soviet.
Meskipun sejumlah ahli sejarah ragu-ragu Hitler menembak dirinya sendiri, dan berpendapat bahawa fakta itu hanyalah propaganda Nazi untuk menjadikan Hitler sebagai pahlawan.
Namun, lubang pada potongan tengkorak yang telah dijumpai tampak menguatkan lagi hujah tersebut ketika tengkorak itu dipamerkan di Moscow tahun 2000. Bagaimana dan bila Hitler meninggal sekarang ini masih diselimuti misteri.
Dapat dijumpai penjelasan tentang punca dan bila Hitler mati dari beberapa versi. Ada kematian versi Jerman, versi Rusia, dan versi para pengkaji sejarah atau saintis.
Versi Jerman, seperti yang diceritakan oleh Flegel, salah seorang jururawat Hitler dan pemimpin Nazi yang lain ketika di dalam bunker(kereta perisai).
Versi Russia, yang dinyatakan oleh seorang pegawai tinggi Organisasi Keselamatan Rahsia Russia, KGB, yang mengatakan, bahawa Adolf Hitler mengakhiri hidupnya bukan dengan menembak dirinya sendiri, tetapi dengan meminum racun sianida.
Seperti yang dinyatakan oleh Leftenan Jeneral Vasily Khristoforov, kakitangan arkib untuk Organisasi Keamanan FSB Rusia, “Unit Peubatan Tentera Kesatuan Soviet ketika itu telah memastikan bahawa Hitler dan Eva Braun mati selepas meminum racun sianida pada 30 April 1945.”
Versi para saintis, yang terkini adalah mengikut pendapat umum dalam hal ini diwakili oleh para saintis. Sudah lama sebenarnya para saintis dan ahli sejarah menyatakan bahawa potongan tengkorak yang telah diambil dari luar bunker Hitler oleh tentera Rusia dan selama ini disimpan perisikan Soviet itu akan menjadi bukti yang meyakinkan bahawa Hitler menembak dirinya sendiri sehingga mati selepas meminum pil sianida pada 30 April 1945.
Akhirnya analisis DNA dilakukan terhadap potongan tengkorak itu oleh penyelidik dari Amerika Syarikat, dan mereka menyatakan, “Kami tahu tengkorak itu ada kaitan dengan seorang perempuan berusia antara 20 dan 40 tahun,” kata ahli arkelogi Nick Bellantoni dari Universiti Connecticut, AS, yang dipetik dari Dailymail.
“Tulang itu kelihatan sangat nipis, tulang tengkorak lelaki cenderung lebih kuat. Dan persambungan di mana kepingan tengkorak itu menyambung nampak berkaitan dengan seseorang yang berusia kurang dari 40 tahun. Hitler pada April 1945 berusia 56 tahun. “
Dengan adanya hasil ujian DNA tersebut, bererti sejarah kematian Hitler menjadi sebuah misteri kembali, dan para ahli teori konspirasi terus memikirkan semula kemungkinan lain tentang kematian Hitler, seperti Hitler tidak mati di dalam bunker.
Biografi Ringkas Adolf Hitler
Mengenai masa kanak-kanak, remaja, sampailah menjadi seorang pemerintah, Hitler kecil adalah seorang kanak-kanak yang tidak diterima, ayahnya sangat membencinya dan menganggap sikapnya yang “anti-sosial” sebagai sebuah kecacatan.
Ayahnya seorang yang keras dalam mendidik anak, sedangkan ibunya, Klara sangat baik kepadanya. Masa kecil yang diliputi dengan kebencian dari ayahnya inilah yang memberikan pengajaran dalam pembentukan mental dan kejiwaan Hitler ketika dewasa.
Ketika hidupnya kucar-kacir, Perang Dunia 1 pun bermula. Tanpa ragu-ragu Hitler mendaftar menjadi tentera dengan pangkat Koperal, bertugas di medan perang di barisan paling hadapan. Kecewa dengan kekalahan Jerman di Perang Dunia 1, dan melihat negara dan rakyatnya yang sengsara dan kelaparan, Hitler mula menjadi Anggota Parti Buruh yang kemudian menjadi NSDAP (National Socialistische Deutsche Arbeiter Partei).
Surat keiizinan masuk
Pada tahun 1920, Hitler dilantik menjadi Ketua Bahagian Propaganda, ketika inilah terserlahnya bakat Hitler berpidato.
Satu tahun kemudian, 1921, Hitler menjadi ketua parti. Akhirnya pada tahun 1962, Hitler mendapatkan hak kuasa mutlak daripada partinya. Hitler dianggap sebagai seorang yang pandai berpidato, digelar “singa podium”, ahli pidato yang mampu memukau para pendengarnya.
Hitler adalah ahli politik handal dan berjaya membina imej yang berjaya melalui propagandanya. Beliau berjaya membina idea serta pemikiran menjadi sebuah kekuatan dahsyat yang berjaya melalui propaganda.
Beliau berjaya membina sebuah kekuatan dahsyat yang ditakuti. Beliau juga berjaya membangunkan idea sebagai fuhrer atau pemimpin yang boleh dipercayai rakyat, membawa bangsanya ke puncak kejayaan.
Bukti-Bukti Hitler di Indonesia
Bagaimanakah Hitler boleh sampai ke Indonesia? Bagaimana dia boleh bekerja menjadi seorang doktor di Hospital Umum Sumbawa Besar? Sehingga kepada pertemuan Hitler dengan seorang wanita sunda yang akhirnya menjadi isterinya?
Juga tentang kesaksian Dr Sosro Husodo ketika bertemu dengan Hitler ketika di Sumbawa Besar. Dan semuanya telah dilengkapi dengan dokumen-dokumen lengkap serta foto-foto sedia ada.
Hitler yang terkenal, dengan kekejamannya di abad ke-20, rupa-rupanya telah bersembunyi di Indonesia sejak tahun 1954 sehingga tahun 1970, yang kemudian diketahui oleh Pakatan Bersekutu (AS, Kesatuan Soviet, Britain dan Perancis) yang seterusnya dihasut oleh Israel untuk terus memburu para tokoh Nazi.
Pada tahun 1954, Adolf Hitler memasuki Indonesia dengan menggunakan nama palsu, Dr Poch. Pada awalnya, Dr Poch tinggal di Dompu kemudiannya berpindah ke Bima, seterusnya berpindah pula ke Pulau Sumbawa Besar, kemudian bekerja sebagai doktor di Hospital Umum Daerah Sumbawa Besar. Seluruh penduduk Pulau Sumbawa mengenali doktor ini, yang dipanggil dengan gelaran “Doktor Jerman”.
Salah satu peninggalan Adolf Hitler yang meninggal pada tarikh 15 Januari 1970 di Surabaya, adalah buku nota kecil berwarna coklat bersaiz 9×16 cm dengan tebal 44 cm.
Di dalam buku itu tertulis puluhan alamat sekutu-sekutunya dan rakan sekerja Hitler yang sama, seperti yang tercatat dalam sejarah Eropah. Begitu pula tulisan tangan yang ditulisnya dibuku tersebut sangat hampir dan mirip dengan tulisan tangan Hitler.
Buku ini mempunyai erti yang sangat besar, kerana ianya merupakan salah satu bukti yang boleh dipercayai yang menyatakan bahawa “Dr Poch” adalah Pemerintah Nazi, Adolf Hitler.
Surat Izin Mengemudi Dr Poch saat tinggal di Sumbawa Besar
Hitler yang bertemu dengan seorang gadis bernama Sulaesih yang sedang menggembara ke Sumbawa Besar, yang akhirnya dilamar oleh Hitler.
Tidak lama selepas Dr Poch melamar Sulaesih, beliau memeluk Islam pada tahun 1964, disaksikan oleh Ketua Jabatan Agama di Sumbawa dan menukar namanya menjadi Abdul Kohar. Pada tahun 1965, Hitler pun menikahinya.
Aries Zulkarnaen, salah seorang saksi kewujudan Dr Poch, pada tahun 2010 berkata doktor itu mempunyai dua sikap yang berlawanan antara satu sama lain, pemarah namun sering bergurau senda dengan orang lain.
“Dia pemarah, banyak memberi penerangan tentang ubatan dengan mulut [menyebutkan nama ubat], tapi kalau ada yang tanya lagi, dia beritahu, kan saya sudah jelaskan tadi,” kata Aries.
Poch juga akan marah jika pesakitnya menyebut penyakit yang mereka alami. “Apa kamu doktor?,” Kata Aries, meniru gertakan yang sering diucapkan Poch.
Adolf Hitler (kanan) ketika berusia 75 tahun di Sumbawa Besar
Aries menambah, Poch juga dikenali sebagai seorang yang berperikemanusian. “Tidak takut gurauan kasar dengan masyarakat,” kata dia. Yang paling menonjol dari Poch, kata Aries, adalah caranya memandu kenderaan Jeepnya.
“Jalan-jalan di Sumbawa dulu belum bagus, tapi dia memandu dengan satu jari. Luar biasa, “kata Aries. “Itu tanda-tanda dia bekas tentera,” tambah Aries.
Adolf Hitler saat berusia 78 tahun, dengan keadaan tubuhnya yang agak bongkok
Walaupun tidak pernah menyangka bahawa Poch adalah Hitler, Aries mengaku bahawa masyarakat setempat menjangkakan dia seorang bekas tentera Nazi.
“Dia sangat bertenaga, kelihatan sekali tenteranya. Penduduk ketika itu sudah mengira dia bekas tentera NAZI, “jelas dia.
Dalam akhbar Harian Pikiran Rakyat pada tahun 1983, terdapat sebuah artikel berkenaan dengan Hitler. Penulisnya bernama Dr Sosrohusodo, Profesor Lulusan Universiti Indonesia yang pernah bertugas di kapal yang dijadikan hospital bernama ‘Hope’ di Sumbawa Besar.
Dr Sosrohusodo menceritakan pengalamannya bertemu dengan seorang doktor tua berasal daripada Jerman bernama Poch di Pulau Sumbawa Besar pada tahun 1960. Poch adalah pegawai sebuah rumah sakit terbesar di pulau tersebut. Orang itu dinyatakan sebagai Hitler.
Bukti-bukti yang diterangkan Dr Sosrohusodo, adalah bahawa doktor tersebut tidak mampu untuk berjalan dengan normal. Dia selalu mengheret kaki kirinya ketika berjalan.
Foto ketika Dr Poch menikah dengan Sulaesih
Kemudian tangannya, kata Dr Sosrohusodo, tangan kiri doktor Jerman itu sentiasa bergetar. Dia juga mempunyai misai menegak mirip Charlie Chaplin, dan kepalanya tidak berambut.
Keadaan ini seperti dengan gambaran Hilter ketika ianya tua, yang ditemui di sebuah buku biografi Fuhrer. Ketika bertemu dengannya di tahun 1960, orang yang dikata sebagai Hitler itu berusia 71 tahun.
Menurut Dr Sosrohusodo, doktor yang berasal dari Jerman yang dia temui  itu sangat misteri. Dia tidak mempunyai lesen untuk menjadi doktor, bahkan dia sama sekali tidak mempunyai kepakaran tentang kesihatan.
Surat Perkawinan Lain Dr Poch dan Sulaesih
Dr Sosrohusodo mengakui pernah memeriksa tangan kiri Poch yang selalu bergetar. Ketika beliau bertanya bilakah gejala ini mula terjadi, Poch lalu bertanya pada isterinya yang lalu menjawab, “Ini terjadi ketika Jerman kalah di pertempuran dekat Moscow. Ketika itu Goebbels menyatakan kepadanya dengan memukul meja berkali-kali. “
Goebbels yang disebut isteri Poch berkemungkinan ialah Joseph Goebbe, menteri propaganda Jerman yang dikenali setia dengan Hilter.
Kata Dr Sosrohusodo,  isteri Poch, iaitu Eva Braun, beberapa kali memanggil suaminya ‘Dolf’, yang dikatakan nama panggilan pendeknya daripada Adolf Hitler.
Hitler Mati di Indonesia
Pengakuan Hitler kepada isterinya yang berasal dari Indonesia, Sulaesih, bahawa dia adalah memang Hitler yang sebenarnya, Der Fuhrer. Apa sahaja kegiatan Hitler sebelum dia meninggal?.
Terdapat kenyataan daripada Stanlin, bahawa yang terbunuh di dalam bunker di Jerman bukanlah Hitler asli. Dan di bahagian akhir buku ini menceritakan bagaimana akhirnya seorang pemerintah Nazi meninggal di Indonesia.
Selama ini kematian Hitler memang sangat misteri, kerana tidak ada saksi yang dapat menunjukkan di mana mayat Hitler ataupun mayat Eva Braun, isteri terakhirnya ketika dia berada di Eropah.
Dalam pertemuan rundingan Postdam 1945, Stanlin menyatakan bahawa mayat Hitler dan Eva Braun tidak dijumpai. Stanlin menyatakan kemungkinan, bekas pemerintah Nazi ini telah melepaskan diri dan lari ke Sepanyol atau Amerika Latin.
Dan tidak berapa lama kemudian, ada sebuah khabar yang menyatakan Hitler melarikan diri menggunakan kapal selam ke sebuah pulau. Tapi tidak ada yang tahu pulau apa dan di mana.
Dunia antarabangsa sama sekali tidak menyedarinya. Bahawa seorang pemimpin Nazi yang terkenal sangat kejam itu bersembunyi dengan aman di Sumbawa Besar, sehingga ia meninggal di Surabaya dan dikebumikan di perkubuan awam muslim di Ngagel.
Penutup
Kematian Pemerintah Jerman, Adolf Hitler yang diyakini tewas dalam pertempuran dengan membunuh diri dalam sebuah bunker, pada tanggal 30 April 1945 di Berlin, tetap masih dipersoalkan dan menjadi misteri.

“Siapa yang menyaksikan peristiwa di bunker saat Hitler bunuh diri? Tidak ada, sumber cerita tersebut hanya dari mulut ke mulut. Dan pada saat itu, walaupun tidak ada saksi dan bukti yang jelas, pihak sekutu tetap mengumumkan secara rasmi bahwa Hitler dan istri, Eva Braun telah meninggal.

Bukan tidak mungkin Hitler mati di Indonesia. Kerana Indonesia dianggap tempat yang aman, bagi Hitler. Silakan siapa pun untuk menemukan jawaban yang sesungguhnya. (Ir KGPH Soeryo Goeritno, Msc.,Penulis Buku)

(Foto-foto diatas ditanda untuk menghargai hak cipta)

Judul Buku : Hitler Mati di Indonesia
Katagori : Umum / Tokoh / Sejarah
Ukuran : 14 X 21 cm
Penulis : Ir. KGPH Soeryo Goeritno, Msc
ISBN : 978-602-97263-0-5
Isi Buku : vi + 122 halaman
Penerbit : Titik media Publisher

Buku ini akan menjawab beberapa soalan yang belum terjawab, spt: Mengapa Hitler lari ke Indonesia? Mengapa Hitler akhirnya menjadi Muslim? Apa hubungan Hitler, Indonesia dan Yahudi? Apa yang dilakukan Hitler di Indonesia? Bagaimana hubungan Hitler dengan Sukarno? Dimana kubur Hitler di Indonesia? Bagaimana Hitler boleh berada di Indonesia? Apa kata Jerman, Rusia, Inggeris dan Israel? Siapa lagi yang mengetahui Hitler di Indonesia? Bagaimana Hitler menyembunyikan identitinya?” Buku yang akan menggemparkan dunia” (H.Oetoyo Oesman, SH- Mantan Menteri Kehakiman).

” Merinding saya membacanya” (Drs. J.B Soedarmanto Kadarisman- Mantan Dubes RI untuk Argentina dan Belanda).

Leave a Reply

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s